Tuesday, August 25, 2009

Virus Influenza A (H1N1) / Selsema Babi

Aku terpikir selepas bersahur pagi tadi nak tulis benda nie..Yealah cumer sekadar nak kongsi bersama kenkawan jerr...

Virus nie merupakan virus baru dan semua orang tiada ketahanan terhadap jangkitan penyakit ini.Vaksinnya pun belum lagi ada.

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

Negara mana yang dilanda penyakit ini

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.


Apakah gejala virus ini

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
d. Wanita mengandung
e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau
masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Cara Virus Ini Merebak.

Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 24 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : Satu

Jumlah Kematian : 69

Situasi Global

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes yang sehingga 24 Ogos 2009 adalah berjumlah 237,455 dengan 2,544 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182.

Sesetengah orang berpendapat penyakit nie adalah bala dari Allah swt. So fikir-fikirkanlah..yosss

Fakta yang aku ambik nie dalam web kementerian kesihatan malaysia..Talak goreng-goreng arr

No comments:

Post a Comment