Sunday, August 30, 2009

Try n Error

Aku saje-saje jer cube merosakkan foto-foto yang ada dalam external hard disk...
Try punye try gune Photoshop,maka keluarlah macam nie..

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan 2012

Maklumat nie aku terima dari sorang kawan melalui email..Nak percaya atau tak pun tidak takleh nak kata....
Hanya Allah saje Maha Mengetahui..Sama-sama kite renung...



1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... ..cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Seni Allah swt


Situasi semasa Influenza A(H1N1)

Setakat 25 Ogos 2009, jam 9.00 pagi



Kes Kematian : Satu

Jumlah Kematian : 70


Hari ini sejumlah 52 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 162 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,345 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 82 buah hospital termasuk 1 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 202 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 202 kes yang disahkan H1N1, 42 kes berada di ICU di mana 5 kes merupakan kemasukan baru, terdapat 2 kematian (belum disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian) sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 38 kes (95%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (15), obesiti (9), diabetes (6), kanak-kanak/bayi (3), hamil/postnatal (3) dan Sindrom Down (2).


 

 

Perhentian Island Trip

Sume foto nie aku snap mase aku mengikuti bengkel anjuran ofis tempat aku kerja. Sumer free of charge beb..
So ape lagi..ambik gambar puas-puas la aku..Hope enjoy dengan foto yang dihidangkan..


Cube baca signboard nie

Tuesday, August 25, 2009

Research

Antara foto yang telah dihasilkan oleh kamera buruk aku. Foto-foto ini adalah tujuan research seorang profesor kat tempat aku keje.So tukang ambik gambar untuk research die,aku la..Boleh la aku tajamkan skill yang tak berapa tajam nie.Research nie berkaitan dengan perbezaan penggunaan baja bio organik dan baja kimia. Beberapa jenis tumbuhan / pokok telah dijadikan bahan eksperimen. Antaranya rumput nephia,serai ,nenas dan tembikai. Di sini bleh la aku syer hasil penggunaan baja bio organik.
Tanaman  Rumput Nephia



Tanaman Nenas
Tanaman Tembikai
Tembikai 60% masak

Kau Miliku Jua

Nielah kamera DSLR idaman aku dari dulu..Nikon D70S...Akhirnye jadi miliku jua.Kamera nie aku beli dari kawan yang memang expert dengan kamera. Thanxs to Pesal sebab bagi aku hutang dulu..
Rega x yah citer ah..murah jer coz barang 2nd hand . So sekarang tengah plan nak beli flash.. then lens...tengah kumpul duit le nie...makan nasi ikan kering jerr...berjimat semata-mata nak beli aksesori kamera punye pasal.

Hasil Kamera Cap Ayam

Ni adalah sebahagian foto yang dihasilkan
dari kamera kompak cap ayam  ( Konica Minolta )..
Minat punye pasal,cap ayam pun cap ayamlah..

Virus Influenza A (H1N1) / Selsema Babi

Aku terpikir selepas bersahur pagi tadi nak tulis benda nie..Yealah cumer sekadar nak kongsi bersama kenkawan jerr...

Virus nie merupakan virus baru dan semua orang tiada ketahanan terhadap jangkitan penyakit ini.Vaksinnya pun belum lagi ada.

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

Negara mana yang dilanda penyakit ini

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.


Apakah gejala virus ini

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
d. Wanita mengandung
e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau
masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Cara Virus Ini Merebak.

Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 24 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : Satu

Jumlah Kematian : 69

Situasi Global

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes yang sehingga 24 Ogos 2009 adalah berjumlah 237,455 dengan 2,544 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182.

Sesetengah orang berpendapat penyakit nie adalah bala dari Allah swt. So fikir-fikirkanlah..yosss

Fakta yang aku ambik nie dalam web kementerian kesihatan malaysia..Talak goreng-goreng arr

Monday, August 24, 2009

My First Camera n Fisrt Model

Nie lah kamera pertama aku..Konica Minolta Dimage E500
Nie Model Pertama Aku ( anak aku la nie )

Flash Back

Aku terpaksa flash back sumer foto-foto yang akan diupload kan kerana sebelum nie aku takde blog..sumer foto ,lagu,ape2 lah sekadar nk share dengan kenkawan jer.

Intro Story






Yes Yes Yes...


Alhamdullillah...akhir terjadi jugak blog aku sendiri..heheh..sampai naik pening aku dibuatnyer mase nak milih tajuk blog..ape yg nak dimasukkan..al maklumlah aku nie bknyer expert sgt ICT nie..Thnxs to Pok Ya ( Gendai No Jinsei ) dan Faris Fakri  ( Home Sick Boy ) kerana banyak memberi aku tunjuk ajar dalam membina blog nie Also thnxs to Pesal Azam Photo coz bagi aku kredit mase nak beli kamera..Thnx alot bro. Pertolongan anda amat dihargai dan akan dibelanja selepas bulan Ramadhan nie ok..ckp jer kat mane ..aku pie..


So Selamat Melayari Bahtera Blog Aku nie

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2009